Single mereka baru sahaja di rilis dan alhamdulillah,sambutan amat menggalakkan berdasaarkan komen komen yang di lihat di band page mereka.Band ini juga boleh dikatakan aktif sekitar kawasan mereka iaitu Negeri Pahang.Ini terbukti dengan penglibatan mereka pada sukan temasya SUKMA baru baru ini.Kira itulah peluang terbaik untuk mereka tunjukkan bakat serta karya mereka

Minor Problem yang mana telah ditubuhkan dalam tahun 2007 telahpun menyiapkan EP mereka yang mana memuatkan 4 buah lagu.Antaranya:-

  1. Crazy Mind
  2. First Meet
  3. Bright Girl
  4. Arah Tujuku
Lagu ARAH TUJUKU tersebut adalah lagu melayu pertama yang mereka hasilkan dan dimana lagu ini adalah antara lagu yang telah diputarkan di OnlineFM.Alhamdulillah,sambutan daripada pendengar pun amat menggalakkan dimana para pendengar sering kali merequest lagu ini bila mana penyampai sedang keudara.Dengan cara inilah pihak kami tahu yang lagu tersebut diminati oleh pendengar pendengar onlinefm.
Selain itu juga,mereka ini tidak pernah jemu mengikuti acara battle of the band sekitar kawasan mereka sendiri.Bukan nak tunjuk terrer atau apa,ianya adalah salah satu cara nak memastikan yang corak persembahan dan komen komen dari juri pertandingan yang mereka harapkan.Melalui cara ini,mereka dapat memperbaiki segala kekurangan yang terdapat pada band mereka dari segi cara membuat persembahan mahupun dari segi teknikal.
Untuk mengenali secara dekat akan band dari Kuala Lipis ini,korang boleh klik disini.Dan semestinya jangan lupa klik LIKE pada page mereka di facebook iaitu https://www.facebook.com/minorproblemband.Mereka memerlukan support dari anda semua dan menerima segala komen yang membina.
Dari itu,dengarkan single terbaru dari mereka iaitu SAHABAT YANG HILANG di sini serta korang boleh merekuesnya pada penyampai onlinefm yang sedag bertugas.
Teruskan menyokong Minor Problem…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.