BRO Langau atau nama sebenarnya Mustazza Ardimanshyam Bin Othman Khan merupakan satu satunya penyampai radio onlinefm yang masih aktif sampai kehari ini. Sejak ianya ditubuhkan (1 Januari 2020) hingga hari ini, konti onlinefm hanya mempunyai seorang penyampai sahaja. Minat serta rasa ingin mengenengahkan band band lokal setiasa kuat didalam jiwa Bro Langau.

Bukan sahaja sebagai penyampai radio, dia juga merupakan salah seorang aktivis muzik kepada anak anak seni yang baru nak up khususnya sekitar Sabah. Pengalaman yang luas  membuatkan beliau masih terus teguh meneruskan apa yang di tubuhkan sejak tahun 2010.

Sejarah atau perjalanann karier BRO LANGAu telah disemadikan didalam artikel ini dan telah dibukukan oleh salah seorang blogger terkenal di Sabah. Ikuti kisahnya disini >>>

BRO LANGAU

Selain penglibatan sebagai penyampai radio internet, beliau juga merupakan salah seorang penganjur (Event Organizer).¬† BMF atau BAZZAR MUSIC FEST merupakan program yang berjaya dan mempunyai konsep tersendiri. event “outdoor” yang sudah tidak asing lagi di Kota Kinabalu telah di anjurkan pada September 2013. Dimana konsep LIVE STAGE digabungkan dengan jualan bazaar telah menarik jumlah penyertaan daripada 200 orang sehingga 9000 orang.

Namun begitu, program tersebut telah melabuhkan tirainya pada September 2018 atas sebab faktor kos yang terlalu tinggi. Namun pun begitu, Onlinefm tampil dengan sebuah program yang menjurus kepada PEMBANGUNAN MUZIK. Penganjuran beberapa buah program pertandingan yang melibatkan remaja 18tahun kebawah kini sedang giat dijalankan. Antaranya yang mendapat sambutan adalah..

  • School Of Rock (Pertandingan kugiran bawah 18tahun)
  • Pentas Solo (pertandingan muzik instrumental secara solo)
  • Battle 21 (Pertandingan kugiran bawah 21tahun)

Kalau bukan KITA,SIAPA lagi