YOBI BUSKERS bersama peserta Ratu Cantik (Unduk Ngadau)

Setiap kali membuat persembahan, mereka akan memuatnaik status di laman sosial mereka 2,3 jam awal. Memberitahu dimana mereka akan membuka gelanggang. Bukan gelanggang bersukan tetapi gelanggang menjemput warga kota riang ria bernyanyi bersama mereka.

YOBI BUSKERS satu nama yang sudah tidak asing lagi di bandaraya Kota Kinabalu ini telah menjadi sebutan disetiap malam. Malah mereka mempunyai peminat tegar yang sering kali ikut kemana sahaja mereka pergi membuat persembahan. Antara post wajib mereka adalah A Square Nightmarket KK, API API Nightmarket, Todak Food Court, Tanjung Aru Beach.

Fenomena YOBI BUSKERS ini semakin memuncak bila mana pengunjung yang terdiri dari pelancong luar negara diajakmenyanyi dan menari bersama mereka. Ditambah lagi dengan kemampuan penyanyi mereka yang boleh membawakan lagu lagu berbahasa Mandarin, Tagalog, Hakka, dan beberapa bahasa lagi.

Tidak dilupakan kelebihan kita di Sabah yang mempunyai pelbagai suku kaum ini, PASTI akan di dendangkan lagu dalam bagasa Bajau, Murut, Kadazan, dan sebagainya.

Inilah yang membuatkan YOBI BUSKERS makin mendapat nama dan selalu sahaja jadi perhatian warga Kota khususnya di waktu malam. Justeru iti, sebagai tanda terima kasih kepada sambutan warga kota, mereka telah menyediakan cenderamata kenangan yang dijual kepada peminat setia mereka iaitu baju T.

Kepada anda yang belum pernah lagi menyaksikan mereka ini, cubalah try test lepak di beberapa lokasi yang dinyatakan diatas. Sebelum tu boleh dapatkan info lokasi mereka membuat persembahan setiap malam menerusi sosial media mereka iaitu https://www.facebook.com/groups/281384199130225/

Bukan itu sahaja, sekiranya anda berminat dengan persembahan mereka dan ingin menjemput mereka tampil di majlis keramaian yang bakal anda anjurkan, mereka boleh di hubungi menerusi nombor diatas.Pastinya kadar bayaran yang berpatutan dan BOLEH RUNDING punya. Yang penting, mereka sedaya upaya membuatkan majlis anda meriah & ceria dengan persembahan yang akan meningalkan kenangan manis buat anda semua.

Check this out sedikit video sewaktu mereka mambuat persembahan di API API NIGHT MARKET https://www.facebook.com/yobi.yobi.31/videos/2197261437252267/?t=13