Bila 1st time dengar lagu RAINBOWCHILL di youtube, ingatkan lagu dari artis barat. Ternyata tanggapan silap, bahawa lagu ini adalah hasil ciptaan seorang anak muda yang kini bertapak di Sandakan, Sabah.

MELZEDEX EQ, itulah nama yang kini menjadi bahan cerita rakan rakan terdekat mahupun penyokong muzik indiependent sekitar Sandakan. MELZEDEX atau lebih mesra di panggil MELL ini adalah seorang pemuzik yang sudah lama bertapak dalam arena muzik bawahtanah di Sandakan. Cuma sejak kebelakangan ini beliau lebih banyak menghabiskan masa di belakang tabir. Dimana beliau menjinakkan diri dalam penulisan lagu.

Sebelum lagu RAINBOWCHILL ini, Mel telah menghasilkan sebuah lagu yang bertajuk MAGIC. Lagu ini, Mel mendapatkan bantuan seorang penyanyi wanita iaitu VANESSA. Dalam lagu ini, Mel mengubah lagu ini begitu baik sekali. Berbekalkan ilmu pengetahun yang dipelajarinya sendiri melalui beberapa website, maka lahirlah lagu MAGIC.

menurut laman sosial MEL, beliau dalam proses menghasilkan videoklip RAINBOWCHILL. Insyallah, dalam masa terdekat ini, video muzik yang pastinya belatarbelakangkan Sandakan, Sabah ini akan kelihatan di youtube. Jangan lupa ikuti perkembangan MEL menerusi laman sosialnya https://www.facebook.com/melzedex.melzedex .