TERMA & SYARAT PENYERTAAN

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur 16- 30 tahun pada 2017
  3. Mengisi dengan lengkap borang penyertaan
  4. Menyertakan 1 salinan kad pengenalan bagi setiap ahli kumpulan
  5. Menyertakan 1 keping gambar warna kumpulan, bersaiz poskad dan gambar setiap ahli kumpulan.
  6. Amatur – belum pernah merakamkan album / menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman
  7. Keanggotaan bagi setiap kumpulan – 4 hingga 7 orang (termasuk penyanyi latar, tetapi tidak wajib, mandatori kepada penyanyi utama)
  8. Asas kumpulan: pemain drum, gitar utama, gitar kedua, bass, keyboard. Tambahan alat-alat muzik seperti tiupan, bertali, percussion dan sebagainya dibenarkan kecuali sequencer.
  9. Setiap individu hanya dibenarkan menganggotai satu kumpulan muzik sahaja dan tidak boleh membuat pertukaran setelah tamat uji bakat.
  10. Wajib membawa sendiri ‘hand instrument’. RTM hanya akan menyediakan set asas bagi drum, amplifier, keyboard dan ‘percussion
  11. Sebarang jenis lagu dibenarkan. Walau bagaimanapun, ‘minus one’ dan ‘pre-programmed sequencing’ TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
  12. Setiap persembahan semasa uji bakat adalah selama 2 minit sahaja.
  13. Peserta wajib berpakaian kemas dan tidak menjolok mata semasa uji bakat dijalankan.
  14. Kumpulan yang berjaya akan dihubungi dan diwajibkan mematuhi segala garis panduan dan syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan oleh RTM
  15. RTM berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi syarat-syarat uji bakat pertandingan.
  16. Setiap ahli kumpulan terpilih selepas uji bakat tidak dibenarkan menukar ahli kumpulan kecuali kemalangan atau kematian yang disahkan Hospital Kerajaan .
  17. Hanya peserta sahaja akan diadili oleh panel juri profesional yang dilantik oleh RTM dan peserta hanya dibenarkan membawa 3 orang kru.
  18. Para peserta tidak dibenarkan membawa juruaudio/ jurutera bunyi semasa uji bakat dijalankan.
  19. Hanya peserta yang layak akan dihubungi.
  20. Segala perbelanjaan semasa menjalani sesi uji bakat adalah tanggungan peserta sendiri.
  21. Pertandingan akan dikendalikan di lokasi ditentukan RTM mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh RTM.
  22. RTM berhak menggugurkan mana-mana peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya jika tidak dapat hadir pada tarikh-tarikh latihan dan rakaman yang ditetapkan oleh pihak penerbitan sekiranya terpilih.
  23. Peserta yang menyertai uji bakat tidak boleh berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol dan sekiranya terdapat laporan yang sahih, peserta yang menyertai uji bakat berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol penyertaan boleh dibatalkan.
  24. Keputusan panel juri RTM adalah muktamad.
  25. Sebarang rayuan dan bantahan dalam apa jua bentuk tidak akan dilayan.

Maklumat lanjut, boleh klik disini Hiburan TV RTM

Dan DiSini UJIBAKAT RENTAK JUARA ZON SABAH


Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.