TUARAN JUARA PENTAS BATTLE OF THE BAND DI KENINGAU

TUARAN JUARA PENTAS BATTLE OF THE BAND DI KENINGAU

Juara menjadi milik kumpulan yang berasal dari daerah Tuaran iaitu PAPRIQA BAND. Siapa sangka, dalam bulan ini sahaja mereka telah menjuarai 2 acara pertandingan BATTLE OF THE BAND. Ternyata band yang di anggotai oleh 3 beradik ini ( Tuah, Bidin & Amy) masih berbisa. Sekian lama mereka hilang dari radar show, gig mahupun battle, tiba tiba tampil dalam bulan ini. penampilan kereka kali ini tidak sia sia bila mana mereka telah di nobatkan sebagai juara dalam pertandingan BATTLE OF THE BAND di keningau semalam. Ianya bersempena program tahunan GEGAR KENINGAU 2017 . Difahamkan, jumlah penonton acara pertandingan BOTB tersebut mencecah 5000 orang. Seluruh kawasan padang bandaran keningau dipenuhi dengan penyokong acara BATTLE OF THE BAND.

Keputusan keseluruhan acara pertandingan tersebut adalah..

  1. Papriqa band
  2. Secret band
  3.  The Headhunters

Berikut adalah senarai peserta yang menyertai acara pertandingan BATTLE OF THE BAND di Keningau semalam.

  1. 3Gen (Kota Marudu)
  2. Velayrie band (Kinabatangan)
  3. Co-Ay band (keningau)
  4. papriqa band (Tuaran)
  5. The Headhunters (keningau)
  6. Grasia band (Kudat)
  7. Speed Season (Tenom)
  8. Secret Band (Keningau)
  9. Mix Zone Band (keningau)

 

Manakala pertandingan ini diadili oleh 3 orang juri yang cukup berpengalaman dalam bidang muzik. Mereka adalah..

  • Moses De Silva
  • Frankie Laudi
  • Yamatus Abdul halim B. Dalimas

tahniah kepada para pemenang. kepada yang kurang berjaya, jangan mengalah. ini bukannya penanda akan kelalahan anda. tetapi, ini adalah tanda positif yang mana bakat anda sudah di lihat oleh ribuan orang ramai yang berada di hadapan pentas sejak jam 8mlm hingga lah acara selesai. Semoga anda lebih berusaha dan rajin mencari peluang untuk tampil di pentas BATTLE di serata tempat khususnya di Sabah.

Tidak di lupakan juga kepada sekalung tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan acara tahunan ini. Platform yang anda sediakan untuk belia belia muzik harus di jadikan contoh kepada pihak lain. Usaha gigih anda tidak sia sia. malah mampu menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar daerah keningau. Semoga acara GEGAR KENINGAU ini akan bertambah havoc di tahun hadapan. Sukses…

 

Written by