Majalah ini tidak ada dijual di mana mana toko buku ataupun pasaraya. majalah ini ujud sejak 90an lagi yang mana masa itu ianya di tulis secara manual tanpa menggunakan teknologi seperti typewriter mahupun komputer. Ada antara penulis memberitahu, feel menulis secara manual lebih ada soul berbanding menggunakan komputer. tetapi, adakah majalah atau yang dipanggil ZINE ini masih lagi releven? Jawapannya YA….

Kalau tiada permintaan, mustahil ada pihak yang mengeluarkannya betul tak? Maka orang orang ini sentiasa menulis dan mengumpul isi atau bahan yang dikongsikan menerusi majalah mereka sendiri. Kebanyakkan majalah majalah ini berkisar tentang isu masa kini, muzik, perjalanan seni, review mengenai band bawah tanah dan seagkatan dengannya.

Tanggal 1 Mei  kemarin, bersempena cuti umum sambutan hari perkerja, ada dianjurkan sebuah program keramaian yang bertajuk SABAH ZINE FEST DISTRO DAY OUT 2018. Dimana pihak penganjur telah berjaya mengumpuklan penulis penulis majalah indiependent sekitar Kota Kinabalu. Bukan itu sahaja, acara jualan dan pameran zine masing masing juga berlangsung.

 

Acara ini berlangsung di  sebuah lokasi yang bakal jadi tumpuan anak anak seni tempatan iaitu EP ART SPACE yang terletak di Alam Mesra, Likas. Sebuah tempat yang diujudkan oleh pengiat seni kreatif yang terdiri dari kalangan belia belia seni.

..EP Art Space is an independent venue for arts – self-organized by the collective of Pangrok Sulap. This space is open for exhibitions, workshops and screenings with an emphasis on sharing ideas and experiences. It is meant to support the local community by providing a space for various creative ideas”...”

Seawal jam 10 pagi, para pengiat seni majalah indiependent ini sudah mula datang ke lokasi dan sibuk menyusun zine yang bakal di persembahkan kepad apara pengunjung. Bukan setakat zine sahaja, ada juga yang menjual kaset, LP serta bahan bacaan lain yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan dalam seni kreatif.

Selain pameran jualan pihak penganjur juga ada menediakan pentas akustik. Tidak sah kalau acara ini tiada alunan suara anak anak seni diikuti dengan petikan gitar kayu yang santai. Beberapa buah band telah mengambil bahagian dalam persembahan akustik ini. Mereka adalah STORT END, THE LO, SPIRIT OF MERCY, KEPALA BUMI, CONDAME THE CORUPTOR & KOMUNITI PANGROK SULAP.

 

Dianggarkan hampir 100 orang yang hadir memeriahkan program yang berlangsung 8 jam ini. Acara sebeginilah yang menjadi harapan anak anak seni kreatif untuk mereka bekarya. Walaupun kemudahan masih kurang, tetapi ianya tidak melemahkan semangat mereka untuk maju. Mereka sentiasa berganding bahu dan berusaha menjayakan sesebuah program itu dengan jayanya.

Ruang sebeginilah yang menjadi tarikan peminat muzik bawahtanah serta pengiat seni kreatif indipendent. mereka boleh mendapatkan bahan untuk dijadikan bacaan mahupun koleksi peribadi. Selain itu, mampu menjalinkan ukwah semasa mereka didalam aliran yang satu iaitu SENI.

Tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur atas usaha murni anda ini. Sememangnya apa yang anda lakukan ini pasti memerlukan semangat yang kuat. kekurangan yang di hadapi bukan jadi penghalang untuk berjaya.

Saksikan sedikit vedio persembahan santai dari anak anak seni kreatifi ini.

https://www.facebook.com/EPartspace/videos/465927567196900/?t=25

 

p/s

Gambar & Info credit to

BRADER BUANG