Tanggal 31 Disember 2018 lepas telah berlangsung program riadah keluarga polis Kota Kinabalu bertempat di IPK kepayan. Program yang penuh meriah selama 2 hari di perkarangan IPK Kepayan.

Yobi (Keyboardis), Zhu (Vokalis) kumpulah ThunderstormKK

Pelbagai aktiviti telah berlangsung pada hari tersebut. Diantaranya adalah pertandingan Battle of the band yang mana di sertai oleh beberapa buah kumpulan yang terdiri daripada anggota polis sekitar Sabah. Antaranya IPK Kinabatangan, IPK Kudat, IPK Tawau, IPK Lahad Datu & IPK KK

Kumpulan THUNDERSTORM selaku wakil daripada IPK Kota Kinabalu telah di nobatkan sebagai juara pertandingan battle tersebut. Tahniah kepada anggota keselamatan kita yang juga mempunyai bakat yang hebat dalam muzik.