The BlackPearl
TAMAN BANDUKAN MUZIK FESTIVAL baru sahaja melabuhkan tirainya pada malam semalam dengan acara penutup BATTLE OF THE BAND. Dimana acara ini di menangi oleh kumpulan yang juga berasal dari keningau iaitu The Blackpearl. Menampilkan seorang penyanyi baru yang memiliki suara serak serak basah iaitu Mr PICI. Disampong itu, penyanyi asal kumpulan ini juga turut sama berganding bahu iaitu Miss Oly. Mereka telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1000 serta trofi.
The Kruuks Band
Tempat kedua pula jatuh kepada kumpulan yang berasal dari Kota Kinabalu iaitu The Kruuks Band. Dimana menampilkan penyai wanita dan ahli kumpulan yang aktif dengan dunia busking sekitar kota Kinabalu. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta trofi.
The Head Hunters Band

 Manakala tempat ketiga pula di miliki oleh kumpulan The Head Hunters band. Dimana menampilkan Punch selaku vokalis kepada band ini. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 beserta trofi. Band ini di kendalikan oleh seorang pengurus yang juga seorang penyayi lagu tempatan iaitu Mr Ronn Langad.

Two Days band

Ada sebuah kumpulan lagi yang berjaya mendapat hadiah wang tunai selaku pemenang ke empat iaitu kumpulan TWO DAYS BAND. Difahamkan kumpulan ini baru sahaja dapat info mengenai acara battle ini 2 hari sebelum ahad. Pasal itulah nama mereka Two Days band. Apa pun,mereka tidak balik dengan tangan kosong. dimana mereka berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM200 beserta trofi.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur kerana semakin aktif menyediakan pentas bagi anak anak muda yang cenderung kepada muzik ini. Inilah yang diharapkan oleh anak anak seni ini. Dengan adanya program sebegini, mereka dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta dapat mengenali sesama pemuzik sekitar Sabah.

Diharap program ini dapat di jadikan acara tahunan dan menambahkan lagi hadiah hadiah yang lebih menarik peserta peserta,

Please follow and like us:
Total Page Visits: 602 - Today Page Visits: 3

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.