Zalie Tan memenangi anugerah Borneo Talent Award (Ogos 2016)

ZALIE TAN adalah satu nama yang rasanya ada yang sudah kenal. Kepada yang 1st time dengar nama ni, beliau adalah salah seorang ahli silap mata yang selalu membuatkan penonton merasa “KECUT PERUT”. Bila mana dia membuat aksi/lagak ngeri iaitu “menggunakan pedang tajam” sambil mata ditutup kain hitam.

Tembuakar sewaktu mengadakan aksi merbahaya

Inilah karier yang dipilih oleh belia yang berasal dari Tamparuli, Sabah ini. Zalie atau juga di kenali dengan nama TEMBUAKAR ini sering kali kelihatan dalam persembahan terbuka.

Pada 7 Julai ini nanti, beliau bakal mengadakan sebuah persembahan di salah sebiah hotel yang terletak di Kota Kinabalu iaitu Aviango Hotel. Zalie bukan sahaja membuat persembahan silap mata, malah beliau juga menjinakkan diri dalam arena komedi berdiri (standup comedy).

Acara bermula pada jam 7.30 malam dan RM15 dikenakan untuk setiap seorang. Dimana program ini dianjurkan untuk membantu sebuah badan NGO yang memerlukan dana dalam melaksanakan rutin harian mereka iaitu Sabah Autism Society (SAS).Jadi kepada yang ingin menderma sambil berhibur anda digalakkan membuah tempahan meja menerusi talian yang tertera di dalam poster diatas.