SELUAR JEANS KETAT, KASUT ALIPH & RAMBUT GONDRONG itulah dressing yang bakal kelihatan memenusi bandar tawau pada bulan september akan datang. Bila mana kesinambungan gig TAWAU ROCK CITY edisi ke3 bakal menjanjkan kemeriah 3x ganda dari gig sebelum ini.

NET ALIVE CAFE adalah lokasi yang telah dipilih manakala acara bakal bermula seawal jam 11 pagi hingga jam 6 petang. terbuka kepada semua peringkat umur dan yang paling penting, hindari barang barang terlarang. harga tiket bakal di umumkan dalam masa terdekat ini.

Pada edisi kali ke3 ini, penganjur menyediakan 7 slot khusus kepada band band rock kapak sejati untuk naik dipentas. Yang pasti, sama sama kita tunggu dan lihat kumpulan manakah yang bakal mengisi kekosongan slot pada pentas ini.