Inspirasi mungkin timbul seawal jam tiga pagi, muncul ketika anda membeli-belah, mencelah tak kala anda sedang sibuk bersukan. Ia datang tanpa diduga. Begitu juga pemuzik mendapat irama tak kala senja atau subuh, memberikan nama band juga hasil daripada satu inspirasi seperti band yang kami tembual ini. Untuk tembual kali ini, kami berkesempatan bersama sebuah band yang membuat persembahan di Bazzar Music Fest #10 yang lalu. Band yang kami maksudkan Karrat’s. Ikuti temubual kami..

On9fm : Band lineup?

Karrat’s :  Mohd Shahzrul Iqram sebagai vokalis dan gitaris kedua, Muhd Hadi Hakimi sebagai lead gitar, Shazrul Armin sebagai bassist, Abu Afqah sebagai drummer.

On9fm : Band ini muncul atau ditubuhkan pada tahun bila?

Karrat’s : Karrat’s ditubuhkan pada pertengahan 2015 namun bergerak secara bertiga iaitu vokalis, bassist dan drummer. Pada pertengahan 2016 barulah Karrat’s lengkap sepenuhnya dengan tambahan lead gitaris.

On9fm : Kenapa Karrat’s?

Karrat’s : Nama asal Karrat’s dicipta oleh vokalis(Iqram) yang mendapat nama tersebut daripada string gitar akustiknya yang sedang dalam situasi berkarat namun masih digunakan untuk berkarya dan dari situlah nama Karrat’s disuarakan sebagai nama rasmi band dan kekal ke hari ini.

On9fm : Genre?

Karrat’s : ‘Root’ genre Karrat’s adalah indie-rock dan eksperimental.

On9fm : Berapa lagu sendiri setakat ini?

Karrat’s : Secara keseluruhan lagu sendiri yang aktif dimainkan ada 5 buah, dimana 2 daripadanya telah siap dirakam pada tahun 2017.

On9fm : Bagaimana band ini tertubuh?

Karrat’s : Band ini tertubuh apabila vokalis(Iqram) mengajak drummer dan bassist untuk jamming dan memainkan lagu yang dicipta oleh Iqram dan dari situ semangat untuk menubuhkan band ini direalisasikan.

On9fm : Secara amnya setiap band mempunyai shadow atau influence mereka sendiri, bagaimana pula dengan Karrat’s?

Karrat’s : Secara amnya, keempat-empat ahli band ini mempunyai influence dan pengaruh musik tersendiri. Namun,  pengaruh yang paling kuat adalah musik alternative-rock dari sekitar awal 2000’s seperti band tempatan Hujan dan luar negara The Strokes.

On9fm : Sebagai sebuah band, adakah Karrat’s mempunyai sebarang harapan untuk band?

Karrat’s : Harapan yang paling besar adalah dapat menyebarkan bunyi Karrat’s bukan sahaja di sekitar Sabah malah seluruh negara. Dan di samping itu juga berharap untuk menaikkan semula indie-rock yang semakin pudar di pada pendengaran masyarakat.

On9fm : Bagaimana pula pandangan atau pendapat Karrat’s terhadap scene musik terutamanya di Sabah?

Karrat’s : Ketika ini, penerimaan musik di Sabah masih memberangsangkan dan sambutan juga begitu baik. Namun terdapat beberapa stereotaip terhadap genre musik di Sabah dan gerakan band indie tempatan kurang aktif terutamanya genre indie-rock. Namun begitu scene musik di Sabah masih terpelihara dengan baik.

On9fm : Terima Kasih Karrat’s kerana meluang masa bersama kami. Mungkin ada kata-kata akhir Karrat’s kepada dunia luar.

Karrat’s : Kami berharap agar individu-individu di luar sana dapat menghargai musik kami dan berharap agar Karrat’s terus mendapat sokongan dan kami juga ingin membawa peminat musik indie-rock untuk sama-sama menaikkan semula genre ini. -end-

Maka, begitulah perbualan santai bersama Karrat’s. Dengan cerita mendapat inspirasi daripada tali gitar yang berkarat namun masih menghasilkan bunyi yang mampu keluarkan ilham dalam mencipta lagu. Dengan harapan yang mereka nyatakan, sudah semestinya sokongan kepada semua pemuzik tanpa mengira genre harus diberikan. Bagi kami band setiap band atau pemuzik baru harus didorong dan dihargai agar mereka tidak berhenti menghasilkan warna-warni scene musik bebas di bawah bayu.

Sekian untuk kali ini, selamat berjuang untuk Karrat’s dan sampai kita jumpa lagi.

Sebagai sokongan dan sebarang perkembangan band ini, boleh follow atau like page laman sosial mereka.

https://www.facebook.com/kamikarrats/