JUARA Borneo Acoustic Got Talent telah di nobatkan menjai milik pemuzik yang berasal dari Sandakan sabah iaitu SUSIANA & MARK. Siapa sangka, program yang dianjurkan melalui applikasi instagram ini mendapat sambutan hampir 100 penyertaan sekitar Borneo. Tapisan demi tapisan dibuat oleh pihak penganjur hingga melayakkan kedua orang anak seni ini tersenarai ke peringkat semifinal setersunya menjadi juara. Pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna bagi mereka.

Sessi ujubakat telah berlangsung hampir 3 bulan di beberapa kawasan. Antaranya Brunei, Kota kinabalu serta Miri Sarawak. Selain itu para peserta juga boleh dan digalakkan menyertai ujibakat melalui muatnaik vedio ke applikasi instargam dan hastag #BAGT. Inilah cara ujibakat serta pengenalan kepad apertandingan ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur iaitu MudaMoodyb-coustic. Khsusnya kepada En Pangiran Faizal (bertopi, 2 dari kiri) selaku tulang belakang dalam proses mencari peserta dan turun ke beberapa lokasi ujibakat. Usaha yang harus diberikan pujian dan dijadikan contoh kepada anak anak seni tempatan dalam memartabatkan seni muzik. Pertandingan kli ini juga menampilkan AIZAT AMDAN selaku juri.