Dibarisi oleh anak-anak muda yang berbakat, Chugs On Deck tampil dengan EP mereka yang diberi nama Superhero in Love. Berkonsepkan pop-punk dan hardcore mereka cukup berani tampil sebagai band easycore yang cukup pantas dalam menghasilkan material. Tidak hairanlah band yang dianggotai oleh Eyon yang merupakan frontman dan juga vokalis , Guitar – Jordan, Guitar – Calvin, Bass – Bobby, Drums – Rafi ini mampu mewujudkan komuniti penyokong mereka yang tersendiri. Menurut pengurus mereka Ahmad Farhan, antara perancangan yang terdekat adalah menghasilkan muzik video yang sememangnya stuff asas kepada sesebuah band, selain daripada itu membuat show lebih kerap adalah satu cara sebuah band membina komuniti mereka yang tersendiri. Band yang ditubuhkan pada pada awal 2014 ini adalah idea asal gitaris asal mereka Khai dan Jordan.


CHUGS ON DECK BERCAKAP MENGENAI D.I.Y
Sikap merendah diri band ini membuatkan penulis ingin mengetahui proses menghasilkan EP mereka. Bercakap mengenai proses menghasilkan karya yang secara total mereka siapkan secara Do It Yourself ini jawapan mereka..
‘Menghasilkan karya secara D.I.Y dapat menapis sesebuah band daripada perkataan kapitalis’ –Eyon
‘Puas hati dan sesuatu yang baik untuk sesebuah band’ –Jordan
‘Jimat’ –Bobby


APA YANG PERLU ADA JIKA BERADA DALAM BAND?
Tidak dinafikan berada dalam band bakal membawa banyak kelainan kepada seseorang kerana band bukanlah tempat untuk sekadar membuang masa semata-mata. Masa dan ruang semestinya lebih kepada kelangsungan sesebuah band.
Ini pula tips dari Chugs On Deck.
-Trust
-Open Minded
-Bertolak Ansur
-Praktis part sendiri
-Tidak membuang masa
-Minat
Maka, wajarlah jika ingin berada dalam band memberikan komitmen yang lebih kepada band selain daripada tugasan dan aktiviti yang lain. Menurut pengurus Chugs On Deck lagi, jika bersikap matang dan serius dalam bermain muzik atau berada dalam band tidak mustahil sebuah band yang kecil boleh dijadikan sebagai karier.
Chugs On Deck juga mengharapkan masyarakat dan penyokong memberikan mereka peluang dalam memperjuangkan genre easycore yang dikira sebagai sangat kecil ini. Bagi penulis berada dalam scene yang sangat kerdil ini memerlukan komitmen dan showmanship yang hebat seperti Chugs On Deck. Well, keep it punk, keep it easy!

Check out their new EP ‘Superhero In Love’ and their up coming gig and show at :

Facebook/chugsondeck

Leave a Reply

Your email address will not be published.