Suka Suki

..”nda tau mau stay mana, bagus join battle”… ungkapan sala seorang ahli kumpulan ini dihujung minggu yang lepas. Bersempena Karnival e-Keusahawanan yang berlangsung di Padang Bandaran Sandakan, pihak penganjur ada menyediakan platform kepada anak anak remaja & belia yang minat muzik.

Tak sangka rezeki menjadi milik kumpulan SUKA SUKI. Yang mana sertai pertandingan ini sekadar suka suka,bertukar menjadi berita mengembirakan. mereka telah menambat hati juri sekaligs membawa pulang wang tunai RM300 pada malam tersebut.