Suib vokalis kumpulan The Fingers

SUIB ZAININ merupakan seorang penyanyi yang memang sudah tidak asing lagi di Sabah.Dimana beliau merupakan penyanyi kepada kumpulan THE FINGERS.Kumpulan yang menjadi juara sebuah rancangan program TV beberapa tahun lepas.

Sepertimana yang di ketahui, sejak pemergian gitaris kumpulan THE FINGERS iaitu arwah ZURIMAN atau lebih mesra dengan gelaran MAN FINGERS.Kumpulan THE FINGERS mengambil keputusan untuk berehat dalam masa yang panjang.Mungkin, mereka masih terasa akan kehilangan seorang gitaris yang begitu berbakat.Namun, itu tidak melunturkan semangat ahli kumpulan yang lain.bak kata pepatah, life must go on…

THE FINGERS

Kini, SUIB tampil dengan lagu single terbaru yang berjudul MAWAR.Dimana lagu ini adalah sentuhan komposer yang juga memang dikenali di Sabah iaitu RODIE SOFARZ.Manakala sentuhan gitarnya lagu ini adalah gitaris bagi kumpulan NASIRAW iaitu TANZA.

MAWAR merupakan gabungan lagu ROCK & RAP yang pertama kali di nyanyikan oleh Suib sendiri.Satu percubaan yang mengharapkan komen dari peminat serta penyokong artis tempatan.Untuk mendengarkan preview lagu MAWAR ini, boleh klik di bawah ini.

 https://www.facebook.com/privilegex.nazri/videos/265458197134679/

Leave a Reply

Your email address will not be published.