Buat kali pertama ujibakat pertandingan kugiran bawah 18 tahun ini di adakan di luar Kota Kinabalu. Ini kerana pihak penganjur ingin melihat da mengenali bakat bakat baru dikalangan remaja serta pelajar sekolah menengah sekitar Sabah.

Seramai 4 buah kumpulan telah mengambil bahagian dalam ujibakat yang berlangsung kemarin petang bertempat di salah sebuahstudio jamming yang terletak di bandar Tawau iaitu Neolithic Studio. Pemilik studio ini (En Asdar Sulaiman) telah tampil memberikan sokongan dengan penganjuran program ini. DImana pihak penganjur dibenarkan menggunakan studio beliau dijadikan tempat mencari bakat pelajar pelajar sekolah ini.

SMK KUNAK JAYA, KUNAK

Boleh dikatakan hampir 90% para peserta ini kali pertama menyertai pertandingan kugiran diperingkat umur mereka. Kami difahamkan peserta paling muda berumur 13 tahun. Dan paling menarik perhatian kami adalah penyertaan pelajar pelajar sekolah SMK KUNAK JAYA iaitu kumpulan Kugiran SMKKJ. Mereka tampil dengan pakaian bunga bunga dan semangat tinggi untuk mempersembahkan lagu yang mereka pilih.

Kami nak ucapkan tahniah kepada peserta yang layak ke peringkat akhir iaitu D’INFINITY, KUGIRAN SMKKJ & PROM QUEEN .  Walaupun tidak terpilih,kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan SMK PASIR PUTIH BAND atas keberanian anda datang ke ujibakat ini. Serta tahniah kepada guru guru yang telah membawa anak anak murid anda untuk sesi ujibakat tersebut. Kepada yang terpilih, siap sediakan diri anda dengan latihan yang cukup.

Kepada yang tak sempat tengok ujibakat kemarin di Tawau, boleh check out vedio dibawah

https://www.facebook.com/langau/videos/10218604210679485/