Siapa tak kenal SHAM KAMIKAZE ni kan. Seorang pemain gitar tersohor di Malaysia. Bukan sahaja bermain gitar, beliau juga seorang komposer yang banyak membantu artis artis besar tanahair.

Bulan Mei ini, beliau akan datang ke daerah tawau atas jemputan sebuah lable di sana. Sebuah klinik gitar akan di anjurkan di Tawau yang mana tenaga pengajar utamanya adalah SHAM KAMIKAZE sendiri. Tiket boleh di beli dengan harga RM80 sekeping. Selain klinik gitar, anda juga bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa dari beliau dalam slot JAMM NIGHT pada 5 mei itu nanti.

Tahniah kepada pihak penganjur atas keprihatinan anda kepada anak anak seni muzik di daerah Tawau. Sememangnua usaha murni anda ini mampu memeriahkan lagi pembangunan muzik di Sabah, khsusunya di Tawau.

Kepada yang belum dapatkan tiket tu, sila berhubung terus dengan pihak penganjur. Semua info boleh diperolehi daripada poster diatas. Sebelum tu, cuba lihat video promo dari SHAM KAMIKAZE ini..

https://www.facebook.com/alejandrotingzon.jun/videos/837942863060551/?t=80