Ateq & Shahri

ASDUO adalah nama projek terbaru kepada dua orang pemuzik yang memang kreatif ini iaitu Ateq dan Shahri. Ramai yang kenal akan mereka berdua ini. Khususnya pengemar muzik jazz dan mereka yang sedang belajar muzik di sekolah muzik sekitar bandaraya KK.

ASDUO telah tercalon sebagai artis jemputan dalam sebuah konsert Jazz berskala kecil yang akan berlangsung di Kuching Sarawak pada bulan November akan datang. Bukan itu sahaja, ASDUO bakal berkongsi pentas yang sama dengan artis dari negara luar seperti Indonesia serta dari Semenanjung Malaysia.