Hari ini tanggal 30 Jun 2019, bertempat di Padang Kawad UMS SAbah telah berlangsung sebuah acara permotoran yang melibatkan gabungan beberapa jentera iaitu Kereta, Motor dan Basikal.

Program ini adalah anjuran Gabungan Yayasan Sukarelawan Negeri Sabah dengan kerjasama Standart Issue. Pelbagai kategori telah dipertandingkan yang mana program ini merupakan program yang boleh dikatakan diluar jangkaan. Kami di maklumkan oleh salah seorang ajak yang bertugas, penyertaan yang begini ramai amat memeranjatkan mereka. DImana seawal jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari, jumlah kenderaan yang masih memasuki padang kawad ums makin banyak.

Alhamdulillah keadaan cuaca telah menyebelahi program ini bila mana keadaan mendung yang hanya sedikit bahang panas menyebabkan ada yang menggunakan payung untuk mengelakkan berpeluh. Namun ini tidak menjadi masalah bagi golongan muda mudi yang memang meminati sukan permotoran seperti ini.

Program ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Belia Dan Sukan Sabah. Inilah yang membuatkan pihak penganjur bersemangat menyelaraskan program yang kali pertama di anjurkan oleh Gabungan Yayasan Sukarelawan Negeri Sabah. Mereka amat bertuah kerana STANDART ISSUE sudi membantu melancarkan perjalanan program yang memang ramai pengunjung.

Pengubahsuaian yang kelihatan dari para peserta merangkumi luaran serta dalaman. Tidak ketinggalan sistem bunyi serta jenis cat yang diguna pakai. Ada beberapa kenderaan kelihatan begitu menarik sekali. Kekemasan yang di tonjolkan oleh si pemilik kereta menampakkan bahawa beliau seorang yang mempunyai citarasa yang tinggi.

Menjadi trend anak anak remaja hari ini pada kenderaan yang di kenali dengan nama BASIKAL LUNCUR ini. Ianya di cipta bagi mendapatkan kelajuan tahap maksima yang mana apabila ianya meluncur diatas jalan yang berbukit mampu mencapai kelajuan 60-70kmj. Sebenarnya pengubahsuaian basikal ini agak merbahaya dan mampu mengundang perkara yang tidak di ingini. Namun didalam aktiviti ini, ianya hanya dipamerkan untuk tontonan pengunjung.

Menurut pemilik basikal tersebut, dia menggunakan bahan yang tidak digunakan lagi (recycle). Antaranya kaki meja almunium yang di ubahsuai menjadi exzost. Manakala kerusinya di perbuat daripada sisa buangan paip air bawahtanah yang manakualiti paipnya agak tebal dan tahan lama. Sekain itu kekemasan dari segi aksesori juga amat di titikberatkan. Boleh dikatakan basikal ini menyerupai seperti sebuah motorsikal.

Mereka bukanlah minah rempit atau nama nama yang tak sedap didengar. Tetapi adik adik manis ini antara ratusan peserta komuniti motorsikal yang hadir memberikan sokongan kepada penganjuran program HARI MESRA BELIA VOL 1 ini. Mereka mengenakan maskot yang merek aminati. Masing masingnya happy dan enjoy dengan program ini.

Antara komuniti kereta (SIXORS) yang hadir memberikan sokongan
STANCE INOVATOR juga antara peserta yang banyak membantu melancarkan program
HARI MESRA BELIA VOL1 ini.
Boy Kitty & Abg Zul antara juri yang mengadili pertandingan kereta yang dianjurkan
Antara peserta yang menunggu giliran untuk bertanding

Kenderaan 2 roda ini antara peserta yang paling ramai dan hapenning. Ketibaan kumpulan kumpulan motor serata kawasan datang berhimpun di padang Kawad UMS ini. Para pengunjung yang hadir pasti seronok melihat kemeriahan anak anak muda yang menaiki motot masing masing. Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga ada yang menyertai komuniti ini.

Kemeriahan di kawasan jentera 2 roda
Antara penyokong dari komuniti PEMINAT DUA RODA

Untuk kenderaan beroda 2 ini, pihak penganjur telah menyediakan beberapa pertandingan khusus buat mereka. Antaranya..Tolak Motor paling laju, menghidupkan motor paling laju, aksi motor paling extream (diseliakawal oleh pengajur) dan motor paling ramai suppoter.

Peserta BayBlade yang bertanding sempena Hari Mesra Belia Vol1

Pihak penganjur tidak melupakanadik adik kecil yang berumur 12 tahun kebawah ini. Bila mana pertandingan yang kini semakin panas di mana mana pusat membeli belah, kawasan kaki lima kedai makan ini menjadikannya satu keceriaan pada anak serta ibubapa yang turut hadir ke lokasi acara. Wajah adik adik kecil ini kelihatan cool bila mana nama mereka di sebut untuk mengambil tempat untuk memutarkan BAYBLADE yang mereka miliki. Malah ibubapa adik adik ini juga ada disebelah mereka memberikan sokongan kepada hobi generasi Z hari ini.

Begitulah kemeriahan yang berlangsung di padang Kawad UMS seawal jam 8 pagi hingalah acara ini selesai. Ternyata acara ini begitu meriah dan mendapat sambutan diluar jangkaan.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Cik Fadillah kerana sudi menjemput ONLINEFM sebagai rakan media program santai belia ini. Semoga acara seperti ini akan lebih kerap dianjurkan oleh mana mana badan bukan kerajaan demi membuka ruang dan peluang belia serta beliawanis mendekatkan diri dalam sukan permotoran khususnya di Sabah.