ROCKERS TAWAU TAK PUAS HATI

ROCKERS TAWAU TAK PUAS HATI

Baru baru ini, telah berlangsung sebuah gig yang berpaksikan muzik rock 80an. Tidak lain dan tidak bukan, muzik kegemilangan rambut panjang, gondrong , seluar jeans ketat dan pastinya keunggulan kasut highcut berjenama ALIPH yang kini mencecah ribuan ringgt nilainya. Anak anak muda yang masih tegar dengan lagu lagu kumpulan SYJ, MAY, SEARCH, & WINGS ini telah bersatu hati berkumpul dan berhibur dalam bentuk persembahan pentas.

7 buah kumpulan telah mengambil slot dalam TAWAU ROCK CITY VOL 1 ini. Anta band yang tampil di pentas tersebut adalah

  1. DROSES BAND
  2. STIMBOY BAND
  3. D” SANDMAN
  4. N.O.D BAND
  5. SYMPHONY
  6. D’SHELTER
  7. REFLESIA

Kami difahamkan, ada sebuah band jemputan dari daerah Sandakan iaitu “KARISMA” turut serta dalam persembahan ini. Akan tetapi, rezeki tidak memihak kepada kumpulan tersebut. Bila mana, mereka menghadapi masalah teknikal di dalam perjalanan ke tawau. Ini menyebabkan mereka terlewat sampai ke lokasi persembahan. Walaupun begitu, mereka tetap hadir dan bertemu dengan pihak penganjur untuk memohon maaf. Inilah semangat anak anak seni yang kuat pada muzik rock kapak yang sukar di miliki oleh sesetengah pemuzik pada ,asa sekarang.

 

Kisah sedih ini, bukan setakat itu sahaja, kumpulan kedua yang naik ke pentas tersebut iaitu STIMBOY BAND juga menghadapi musibah. Dimana sehari sebelum gig berlangsung, rumah atau kediaman mereka terlibat dalam kebakaran. Berita kebarakan ini menjadi viral di media sosial pada minggu lepas. Sungguhpun begitu, semangat anak anak Tawau ini dalam berjuang di pentas muzik tidak boleh di sangkal. Semangat yang membara seakan api yang di simbah petrol. Bukan senang di padam. Musibah yang melanda pada mereka tidak dijadikan alasan untuk mengalah. Malah, ianya di jadikan pembakar semangat dalam meneruskan misi membawa muzik rock  segar di pentas gig.

Siapa sangka, gig yang pertama kali di anjurkan ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan. Pada awalnya, pihak penganjur menyasarkan kepada warga Tawau sahaja yang hadir. Tetapi, tanpa di sangka, sahabat sahabat dari luar daerah juga muncul di lokasi acara. Mereka datang dari kota kinabalu membawa semangat lamina. Siap dengan headbangging beserta full dress rocker 80an. Harga tiket hanya rm10 dan ianya terjual secara 100%.

Dari segi peralatan muzik, mereka mendapat support dari NEOLITHIC ENTERTAINMENT. P.A sistem dan fullset backline yang berkualiti membuatkan ke tujuh tujuh buah band tersebut tidak puas dengan slot yang diberikah. Kalau boleh nak bawa sampai 10 buah lagu setiap kumpulan. Akan tetapi, mereka di batasi oleh masa. Pihak penganjur sudah tetapkan masa persembahan bagi mengelakkan keterlanjuran masa. Apapun, tahniah kepada Mr Asdar & Mr Helmi  orang penting dalam memastikan kualiti bunyi di tahap maksima. Kepuasan hati memang jelas dari air muka setiap kumpulan yang membuat persembahan.

Pihak penganjur amat berterima kasih kepada mereka yang datang ke gig TAWAU ROCK CITY VOL 1 ini. Boleh dikatakan, gig ini berjaya membuka lembaran baru buat pejuang pejuang muzik rock 80an. Bukan itu sahaja, ada beberapa buah kumpulan, tampil dengan lagu lagu ciptaan mereka sendiri. Inilah yang diharapkan untuk mana mana kumpulan muzik. Untuk tampil dengan material sendiri. Jangan malu untuk mencuba. kerana ianya adalah karya yang lahir dari jiwa seorang rockers di alaf 21.

 

Menurut pihak penganjur, rata rata penonton mengharapkan kesinambungan TAWAU ROCK CITY VOL 1. Beberapa  kumpulan rock dari Kota Kinabalu serta daerah lain bakal turut serta dalam gig seterusnya. Respon ini amat memberangsangkan  pihak penganjur yang sedang dalam proses meneliti untuk gig seterusnya. Apapun, semangat muzik rock 80an akan tetap membara sampai bila bila. Kata kata dibawah ni, telah diungkapkan oleh pihak penganjur..

 

“KITA SEMUA TIADA BEZA,

YANG MEMBEZAKAN KITA ADALAH CARA KITA BERFIKIR”

11574total visits,6visits today

Written by