Daerah Tawau antara daerah di Sabah yang terkenal dengan makanan lautnya. Selain itu, jangan lupa bahawa Tawau juga masih kuat dengan muzik ROCK KAPAKnya. Tidak percaya, cuba dengar lagu lagu yang di mainkan di dalam bas pengankutan awam. SEARCH, WINGS, MAY, MEGA, SYJ dan banyal lagi. Inilah kelebihan yang ada di tawau. hingga di gelar ROCK CITY…

Justeru itu, kebangkitan pemuzik pemuzik rock tidak perlu lah di pertikaikan. Bermula dengan penglibatan muzik mereka di majlis majlis keramaian, hingga membawa ke pentas konsert. genra ROCK masih kuat seteguh besi panas. Bukan setakat lagu, pemakaian mereka di pentas juga masih mengekalkan kasut ALIPH SEARCH dan BAJU ala ala JROCK. Di tambah lagi dengan rambut gondrong yang sinonim dengan rockers.

Tanggal 7 bulan Julai nanti, pemuzik pemuzik rock ini akan bangkit di pentas GIG. Bertempat di Dewan Arena Belia & Sukan seawal jam 12 tengahari. Kini tiketnya sudah mula di jual dengan harga RM10 sahaja. Sekiranya anda ingin dengar alunan muzik rock 80an-90an, dan ingin melihat seluar jenas ketat, baju singlit loudness, rambut gondrong dan kasut aliph highcut, inilah masanya.

Gigs ini dapat sokongan dari nama besar yang sudah tidak asing lagi di Tawau iaitu NEOLITHIC ENTERTAINMENT. Dimana, ianya juga di sokong oleh ROCKERS SABAHAN dan ILLUSION ART PRINTING. Sebuah lable printing pakaian yang ada di Tawau. Gabungan 3 nama inilah yang cuba membangkitkan semangat lamina pada tanggal 2 julai nanti.

Dari itu, apa tunggu lagi. Dapatkan tiket anda sekarang…

Leave a Reply

Your email address will not be published.