RM2000 TUKAR TAYAR KERETA KANCIL

RM2000 TUKAR TAYAR KERETA KANCIL

Siapa sangka, perjalanan ke tempat pertandingan memakan masa hampir 3 jam tidak menjadi halangan buat anak anak muda yang minat akan muzik ini. BUSSKA BUSKER ingin mencuba nasib dalam sebuah pertandingan akustik yang berlangsung di Daerah Sipitang bersempena sambutan hari merdeka. Sewaktu dalam perjalanan menuju ke Sipitang, mereka mempunyai kisah manis yang rasanya sesuai di kongsi untuk motivasi diri.

Didalam perjalanan mereka menuju kelokasi acara, satu kejadian telah mereka tempuhi. Bila mana kelihatan sebuah kereta kancil bewarna biru sedang mengalami masalah iaitu tayar kereta telah pancit. Pemandu kereta tersebut adalah seorang makcik. Mungkin makcik tu kurang arif pasal tayar ganti dan tak tahu nak minta bantuan dengan sesiapa. Maka tanpa berlengah panjang, salah seorang ahli kumpulan ini telah datang menghulurkan bantuan kepada makcik tersebut. Mungkin dalam masa menukar tayar kereta tersebut, mereka berbual bual sambil berkenalan. Mungkin juga makcik tu menitipkan doa agar anak anak muda tersebut itu berjaya dalam apa jua urusan yang mereka lakukan. inilah  sikap bantu membantu sesama kita harus di jadikan contoh. Tahniah kepada Busska busker atas keprihatinan anda kepada orang sekeliling. Atas sikap yang suka menolong ini, rezeki berpihak kepada anda pada malam hari.

BUSSKA BUSKER telah di nobatkan sebagai JUARA pada malam tersebut. Membawa pulang wang tunai RM2000 serta piala. Selain itu, mereka juga telah mendapat kenalan baru, peminat baru khususnya warga Sipitang. Apapun, di ucapkan tahniah untuk BUSSKA BUSKER atas kejayaan anda. Semangat kuat anda di pentas battle memang tidak dapat di nafikan lagi. Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan..

 

1662total visits,1visits today

Written by