Jarang sekali kita mendengar Hotel bertaraf 4 bintang menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM15000 ringgit. Rasanya ini mungkin kali pertama di anjurkan oleh sebuah Hotel yang amat popular di bandar raya Kota Kinabalu.

Hotel yang di maksudkan adalah MING GARDEN HOTEL & RESIDENCE. Hotel yang terletak betul betul di tengah bandaraya. Kedudukan yang amat strategik dan menjadi pilihan para pelancong luar dan dalam negeri.

Buat pertama kalinya di Bandaraya Kota Kinabalu, hotel ini membuka ruang dan peluang kepada anak anak seni tempatan sabah dengan menyediakan pertandingan BATTLE MANIA. Pertandingan ini di adakan di SPARK Ming Garden yang terletak di bahagian ground floor hotel tersebut.

Pertandingan ini menyediakan beberapa kategori. Antaranya..

  • BATTLE OF THE BAND
  • PERTANDINGAN AKUSTIK
  • PERTANDINGAN NYANYIAN SECARA BERKUMPULAN POP/BALADA/HIP HOP
  • PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU TRADISIONAL
Pertandingan ini di kendalikan oleh KHALIFF PRODUCTION. Sebuah syarikat rakaman lagu, pengurus acara & penyedia sistem bunyi yang terletak di Kota Kinabalu. Merekalah yang akan menguruskan pertandingan ini dari mula hingga selesai. Difahamkan pertandingan ini diadakan secara berperingkat peringkat. Dimana ada beberapa tapisan/saringan di jalankan. Sekiranya perancangan berjalan lancar, acara kemuncaknya pada awal bulan Mei nanti.
Borang pertandingan
Borang penyertaan kini sedang di edarkan. Kepada yang sudah mendaftar, di harap anda bersedia untuk naik ke pentas BATTLE MANIA pada 15 & 16 April ini. Pastinya saingan akan sengit bila mana hadiah lumayan menjadi taruhan pihak penganjur. Oleh yang demikian, kepada yang masih lagi belum mendaftar, sila hubungi nama nama yang tertera di poster di atas. Hubungi mereka untuk mendapatkan borang. Terma dan syarat pertandingankan di dalam borang diatas.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 April 2017. Anda mempunyai masa lebih kurang seminggu sahaja lagi. Peluang sudah ada, jangan di lepaskan. Kalah menang memang adat pertandingan. Yang penting, lihatkan pada juri juri prosional dan par apengunjung siapa anda di pentas BATTLE MANIA. Itulah masanya anda keluarkan semua pengalaman anda dalam kategori yang anda pilih.
Apapun di ucapkan tahniah kepada MING GARDEN khususnya En Syukur Salleh atas keprihatinan pihak anda kepada seni tempatan di Sabah ini.Seharusnya ini dijadikan contoh kepada pihak pihak di luar sana dalam misi mengangkat mutu dan sokongan padu terhadap muzik tempatan di Sabah. Bak kata pepatah …
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.