REVERBNATION merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari daerah Tawau. Terdiri dari anak anak muda yang mempunya semangat tinggi dalam muzik. Lihat sahaja saiz mereka, usia remaja mereka sudah di isi dengan aktiviti yang cukup berfaedah. Hingga mampu membuat ibu bapa mereka memberi lebih pendedahan seawal usia ini.  Walaupun masih lagi belajar di bangku sekolah, mereka masih di bawah pemantauan keluarga dan pihak pengurusan yang mengurus jadual show atau konsert mereka. Yang pasti, pihak pengurusan kumpulan ini akan mengutamakan pelajaran mereka dahulu di samping hobi bermain muzik ini.

Pada tanggal 23 Oktober yang lepas, kumpulan ini antara kumpulan yang memeriahkan pentas konsert NUNUKAN FAIR 2016. Dimana, NUNUKAN merupakan salah sebuah daerah yang terletak di negara Indonesia. yang jaraknya beberapa jam dari daerah Tawau bila menaiki bot.

NUNUKAN FAIR ini merupakan acara terbesar di daerah tersebut. Dimana, ribuan warga daerah tersebut akan membanjiri kawasan tapak ini untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat handai.

Poster & banner promosi kelihatan di sekeliling tapak expo. Cara pihak penganjur mempromosikan artis artis mereka, nampak agak oldskool. tetapi, impaknya memang hebat. Ini merupakan satu contoh yang bagus untuk mana mana organiser yang bercadang ingin mempromosikan sesebuah program. jangan di anggap ianya oldskool tidak menampakkan impak. Siapa sangka, kesan yang positif bakal menanti di masa akan datang,

Apa pun, tahniah di ucapkan kepada kumpulan REVERBNATION atas apa yang anda kecapi. Bukan mudah dapat jemputan dari pihak seberang ini. Rasanya bakat anda sudah mula di kesan oleh orang luar. Semoga usaha dan semangat anda akan kuat dan utuh dalam mengejar impian dalam bidang muzik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.