Breaking News CAFE adalah sebuah port lepak yang memang best. Lokasinya yang terletak di kawasan Putatan dan boleh dikatakan masih lagi baru. Untuk ke cafe ini, just jalan terus dari Servey Putatan. kurang 300m, sebelah kiri pasti anda akan terlihat papan tanda cafe ini.

Boleh dikatakan operasi cafe ini paling hapenning ketika malam. Specially hujung minggu atau ada persembahan busking.

Peluang yang disediakan untuk mana mana pemuzik semakin luas sekarang ini. Sebagai contoh yang paling dekat adalah Breaking News Cafe ini sendiri. Pihak pengurusan telah menyediakan kemudahan asas bagi mereka yang nak menonjolkan bakat dalam seni muzik.

Kami dapat info bahawa cafe ini akan menganjurkan satu showcase pada 14 Januari ini. Iaitu pada hari sabtu malam. Dimasa, persembahan LIVE BAND akan kelihatan di cafe tersebut. Penampilan beberapa buah band hebat akan muncul di pentas cafe tersebut. Antaranya kumpulan BOIL & MARKAZ 69. Selain itu, kumpulan yang baru sahaja melancarkan EP mereka iaitu STORY END juga akan membuat persembahan. Mungkin, mereka juga akan menjual EP kepada pengunjung yang hadir pada masa itu.

Jadi, kepada anda yang tiada plan nak lepak mana pada malam sabtu ini, apa kata anda set timing untuk ajak geng geng lain untuk lepak chill sambil tengok LIVE BAND di Breaking News Cafe ini. Pastinya makanan yang di sajikan kepada pelanggan pastinya menjanjikan yang anda akan datang selalu ke cafe ini.

Jumpa sabtu nanti…

Leave a Reply

Your email address will not be published.