Tidak berapa lama dahulu, penulis pernah menerbitkan artikel mengenai band punk rock yang bertapak di Putatan. Penulis menyelami jiwa remaja dan azam serta minat mereka dalam muzik dan menyusuri kehidupan sebagai seorang punkers.
Mengulang kembali petikan yang pernah diterbitkan pada artikel lalu. Dimana seorang line-up daripada band ini pernah berjanji.

“BELAJAR DAN DAPATKAN KEPUTUSAN YANG BAIK DI SEKOLAH, JADI ORANG YANG BAIK UBAH PANDANGAN ORANG TERHADAP PUNK

Penulis sebenarnya sangat respect dengan band ini kerana mereka bersifat matang dalam menentukan identiti mereka sendiri. Menurut pemain gitar bass mereka Xrip, satu lagi matlamat mereka adalah cuba untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap komuniti punk dengan menunjukkan kelakuan dan pencapaian yang baik di sekolah. Mereka kecewa apabila komuniti punk dilabel sebagai orang yang bermasalah dan sering terlibat dengan masalah sosial”

Demikianlah janji X-rip yang merupakan bassist dan back-up singer kepada band Veternan. Xrip menunaikan janjinya dengan memperolehi 10A 1C dalam PT3 yang lalu. Ini bukan saja ditunjukkan oleh Xrip malah Riko sebagai guitaris dan vokal serta Niz di posisi drum masing-masing membuktikan dengan 2A, sesuatu yang masyarakat tidak akan berikan kredit kepada remaja yang kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan bunyi gitar dan masuk studio jamming.
HADIAH PALING INDAH KEPADA MASYARAKAT YANG PESSISMISTIC
Penulis berpendapat ini adalah hadiah paling indah dan tepat kepada sesetengah masyarakat yang suka menilai secara semberono terhadap aktiviti yang sering melibatkan golongan remaja.
Menurut tokoh psikologi Albert Bandura sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat atau meniru tingkah laku orang lain. Pada pandangan penulis adalah sesuatu yang positif apabila golongan remaja terutamanya terdedah dengan persekitaran secara fizikal atau sosial. Banyak perkara yang mereka akan pelajari dan sudah tentulah golongan jiwa muda ini mempunyai kemampuan kognitif yang boleh membezakan baik dan buruk terhadap sesuatu perkara.
Masyarakat kini lebih gemar menjadi juri daripada menjadi sebahagian daripada perserta atau penyokong. Sesuatu perkara hanya dilihat pada kulitnya, sedangkan isinya adalah emas yang berharga.

“BIJAKLAH MENGGUNAKAN MASA” – Xrip
“Dalam satu minggu, fokus belajar di sekolah. Hujung minggu dan cuti adalah masa untuk fokus dengan band dan muzik”.
Mengulas lanjut formula Xrip yang diterjemahkan dalam bentuk peratusan. Dimana 60% untuk belajar dan 40% untuk band sebelum tibanya exam. Kemudian peratusan menurun kepada hanya 10% untuk band dan 90% memfokus kepada jadual pembelajaran. Ini adalah tindakan matang seorang remaja berusia 15 tahun yang sering juga kelihatan bersantai di gig-gig lokal di sekitar Kota Kinabalu.

SOKONGLAH DAN BERIKAN GALAKAN, JANGAN MATIKAN BAKAT MEREKA
Di kesempatan ini penulis ingin mengajak semua pembaca agar memberikan sokongan dan galakan kepada golongan remaja khususnya dalam melakukan apa juga aktiviti yang mereka lakukan, selagi aktiviti tersebut tidak melanggar undang-undang dan membawa kemudaratan. Jika kita amati, bukan band ini saja yang akan muncul pada usia sebegini tetapi ada banyak lagi yang akan menyusul dan banyak juga yang sudah hilang begitu saja. Adalah sesuatu yang sangat mengecewakan jika bakat mereka ini mati begitu sahaja hasil daripada pandangan serta caci dan maki masyarakat. Jika mereka mampu berfikiran jauh, mengapa anda yang lebih dewasa tidak mampu fikirkan apa pencapaian yang mereka mampu capai jika diberikan sokongan.

TAHNIAH!
Penulis mewakili crew Onlinefm mengucapkan tahniah kepada Xrip dan Veternan kerana menunaikan janji dan membuktikan sesuatu kepada masyarakat. Sokongan kami tidak pernah pudar untuk anda. Terus hasilkan bunyi bingit!

#punkisnotacrime

Leave a Reply

Your email address will not be published.