ONLINEFM atau singkatan ON9FM merupakan sebuah stesen radio atas talian ditubuhkan pada tanggal 1 Januari 2010 oleh dua orang pengiat tegar radio internet.

Bro Langau & Bro Ligong (dalam gambar)  merupakan orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap RADIO INTERNET & PENYAMPAIAN RADIO. Usaha gigih mereka berdua telah membuka peluang kepada artis/pemuzik artis baru tampil untuk mempromosikan lagu lagu ciptaan mereka menerusi platfom digital

OnlineFM kini bernaung di bawah syarikat sendiri iaitu  ONLINE MEDIA ENTERTAINMENT yang terletak di Kota Kinabalu. Ianya merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan Stesen Radio Internet, pengurusan acara &  rakan media  kepada acara acara yang melibatkan belia.  Secara tidak langsung program yang dianjurkan sekitar Kota Kinabalu dapat dihebahkan menerusi medium ini. Selain itu, para pendengar dapat mendengarkan lagu baru yang jarang keudara di stesen radio frekuensi. .

Sekiranya anda mempunyai lagu ciptaan sendiri, boleh lah dikongsikan pada kami. Caranya amat mudah. Boleh lihat di dalam poster yang disertakan ini. Setakat ini hanya ada seorang penyampai sahaja yang masih aktif dan bersiaran secara langsung.

Penggunakan sosial media (FB LIVE) merupakan medium pilihan generasi masa kini. Justeru itu, BRO LANGAU telah memilih untuk bersiaran pada hari Isnin dan Khamis pada jam 9.00mlm.  Setakat ini ada beberapa buah segmen yang dikendalikan olehnya. Antaranya adalah..

  • Segmen Lagu baru
  • Segmen Album Review
  • Segmen Sastera