POSEIDON yang mewakili Negara Malaysia kepertandingan ASIAN BEAT 2016 baru baru ini pulang dengan membawa tempat ketiga. Berbekalkan lagu hasil ciptaan mereka sendiri yang bertajuk ONTOROS ANTANOM nampaknya sukar untuk menambat hati juri yang mengadili pertandingan tersebut.

Namun itu tidak mematahkan semangat anak anak muda ini. Malah ianya menjadikan mereka lebih bersemangat dan ingin meneruskan usaha mereka untuk langkah seterusnya. Difahamkan, mereka telah mendapat beberapa tawaran showcase dan rakaman lagu oleh pihak yang nampak akan bakat mereka sejak mula mereka bertanding lagi dalam program YAMAHA BAND MENTOR ini.

Apapun, kita harus ucapkan TAHNIAH kepada kumpulan ini atas kejayaan membawa pulang tempat ketiga ke Malaysia, khususnya kenegri kelahiran mereka sendiri iaitu Sabah. Pastinya banyak pengalaman baru yang mereka pelajari selain terpaksa memakai baju sejuk 24 jam sehari..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.