Dianggotai oleh 4 anak muda yang bersemangat kental dalam aliran muzik POP PUNK iaitu Luq, Azwan, Idzwan & Izrin. Kesemuanya berasal dari Subang Jaya. Mereka antara kumpulan pemuzik yang sudi berkongsi material dengan onlinefm.

HIX itulah nama kumpulan ini. Ditubuhkan sekitar tahun 2004 dan telah mengeluarkan EP dalam tahun 2008 yang berjudul “LEIA”.  Sekian lama mereka menyepi atas alasan ahli kumpulan yang silih berganti dan kini mereka kembali aktif mewarnai arena muzik tempatan.

HIX telah mengeluarkan sebuah vedio klip yang mana membawa mesej yang amat jelas iaitu kempen dan kesedaran terhadap kes buli.

Boleh dikatakan satu usaha yang harus di jadikan contoh oleh semua lapisan masyarakat akan kesedaran terhadap kes buli atau yang seangkatan dengannya. Dengan cara meluahkan isi hati mereka melalui lirik lagu dan susunan muzik yang up2date, iainya mungkin dapat mengubah sedikit pemikiran masyarakat sekeliling.

Apapun, kami nak ucapkan terima kasih kepada HIX atas kesudian mereka berkongi material mereka kepada onlinefm. Insyallah, lagu ini akan kami selitkan dalam radio kami dengan harapan para pengunjung web ini dapat mendengar dan menghayati lirik lagu. Sekali gus dapat turut sama berkongsi kesedaran.

Total Page Visits: 1424 - Today Page Visits: 1

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.