Pentas solo adalah kesinambungan program School Of Rock. Dimana pertandingan pentas solo ini lebih kepada pertandingan muzik secara individu. Kami juga mengekalkan konsep penyertaan 18tahun kebawah yang meminati beberapa alat muzik yang kemi tetapkan. Antaranya gitar lead, gitar bass serta drum. Para peserta diberikan kebebasan memilih lagu untuk mereka persembahkan secara “SOLO” dihadapan juri profesional. Program ini merupakan acara tahunan yang cuba dikekalkan pada pertengahan tahun (Cuti semester pertengahan tahun)

Objektif penganjuran ini adalah ingin melahirkan, mencungkil serta mengetengahkan bakat para remaja yang cenderung pada muzik terutamanya 3 alat tersebut. Dengan cara ini kami dapat melahirkan pelapis muda yang akan mewarnai arena muzik tempatan khususnya di Sabah.

Program ini mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.