Akustik Duo adalah sebuah program berbentuk pertandingan secara santai. Dimana objektif penganjurannya adalah untuk mencunkil bakat bakat baru anak anak muda setempat. berlandaskan konsep, terma dan syarat yang mudah, para peserta tak perlu berfikir panjang untuk mengambil peluang ini.

Sebelum ini, lokasi penganjuran program adalah  terletak di kawasan tumpuan umum. Dimana ianya mampu menarik lebih ramai orang awam melihat persembahan anak anak muda ini.

Justeru itu, sebagai penganjur utama ONLINEFM mengambil langkah setapak lagi untuk melebarkan sayap akan penganjuran acara ini di beberapa daerah. Antara daerah yang telah di kenal pasti adalah PAPAR, PENAMPANG, TUARAN dan BEAUFORT. Cadangan tarikh penganjuran masih belum ditetapkan. begitu juga lokasi pertandingan. Dimama ketika ini kami mengalu alukan penyertaan mana mana pihak di luar sana untuk sama sama menjayakan program yang amat bermanfaat ini.

Dimana platfom yang disediakan amat membantu anak anak muda remaja serta Belia tampil di pentas pertandingan muzik berkonsepkan santai. Sekiranya ada pihak NGO, Pemilik cafe, Bistro atau sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama, kami amat mengalu alukan anda. Anda boleh hubungi wakil kami di talian 014-3714515 (Bro).

Sama samalah kita menyediakan peluang untuk generasi akan datang dengan program berfaedah ini.