Kemunculan Rock band berbangsa cina semakin menampakkan perkembangan positif khususnya di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kalau di ikutkan anak anak seni yang meminati muzik memang ramai, cuma peluang untuk tampil dan di kenali masih di selubungi perasaan takut dan malu. Bak kata pepatah “KALAU TAK DI PECAHKAN RUYUNG. MANAKAN DAPAT SAGUNYA”..

Sebelum ini, kami pernah berkongsikan beberapa buah kumpulan muzik yang berbangsa cina. Kini terdapat sebuah lagi kumpulan muzik yang sedang mencari peluang untuk tampil di mana mana stage mahupun pertandingan. Mereka adalah HUNT’Z. Dianggotai oleh 6 orang anak muda yang terlalu minat dengan muzik. Dahulunya band ini di kenali dengan nama HAN. Dimana HAN membawa maksud “PERWIRA/SATRIA/PAHLAWAN” di zaman dinasti han (sejarah negara china) suatu ketika dulu. Mereka mengambil nama tersebut di sebabkan kesemua ahli kumpulannya terdiri dari lelaki.

Menurut Felson (Berjeket labuh) band ini di tubuhkan sekitar tahun 2012. Sewaktu penubuhan tersebut, mereka terdiri dari 5 orang ahli kumpulan. Akan tetapi, 3 orang ahli hanya bertahan untuk 2 tahun sahaja. Sekitar tahun 2014 mereka mula berhenti seketika disebabkan kesukaran mendapatkan ahli tetap. Dan kembali aktif semula setahun selepas itu

 

 

Kini HUNTZ dianggotai oleh 6 orang ahli. Yang mana kesemua mereka ini mempunyai kerjaya masing masing. Boleh di katakan kesemuanya memiliki perniagaan sendiri. Muzik tetap menjadi pilihan mereka di masa lapang. Malah mereka kini dalam persiapan untuk naik kepentas gig ROCK THE VILLAGE pada hujung minggu ini.

Nampaknya, penubuhan band rock berbangsa cina ini semakin mula melihatkan perkembangan positif. Sokongan dari rakan rakan serta family harus ada bagi membuatkan mereka mereka ini tampil dengan semangat yang jitu kearah perkembangan muzik secara keseluruhannya. Tidak kisahlah genra apa sekalipun, muzik mampu menjalikan hubungan “KEKITAAN/FRENDSHIP” yang kuat. hubungan ini sudah lama dipraktikkan dan mampu membawa perkembangan positf kepada pengemar pengemar muzik. oleh itu, sama samalah kita memberikan sokongan pada anak anak seni yang cendenrung dalam bidang ini.

Kepada anda diluar sana, jangan lupa LIKE & FOLLOW sosial media kumpulan HANTZ ini..

https://www.facebook.com/%E6%BC%A2%E6%A8%82%E5%9C%98-1437910706508829/