Bermula dari gig kecil, siapa sangka dapat meraih publisiti hingga ke antarabangsa. Bukan senang dan mudah dapat kunjungan pemuzik luar negara untuk datang ke daerah kecil ini. Pastinya pihak penganjur sendiri akan merasai kepuasan dan dapat penghargaan dari orang luar terhadap apa yang mereka usahakan selama ini..

GEBE LINCH

Seperti yang kita sedia maklum, VINTAGE NIGHT ROCK adalah sebiah show kecil yang di bangunkan oleh beberapa orang pemuda yang terlalu minat dengan muzik. Gig ini juga telah menyatukan ramai pemuzik serta band band lokal bawah tanah di bawah 1 bumbung. Kepelbagaian genra muzik sudah kedengaran di pentas tersebut.Bermodalkan duit sendiri dan support rakan rakan seangkatan, kini slot showcase ini mampu di kunjungi oleh artis antarabangsa pada bulan hadapan.

TIMBAGAN VINTAGE selaku lokasi penganjuran gig ini harus berbangga akan kemunculan pemuzik luar ini. Dan pastinya persiapan sudah mula di atur. Bukan itu sahaja, penganjuran gig kali ini bersempena sambutan KAAMATAN. kepada anda di luar sana tu, save the date okey..

Leave a Reply

Your email address will not be published.