PANGROK SULAP

Kelihatan status FB salah seorang ahli komuniti yang sudah mula di kenali seantero dunia. DImana mereka dalam perjalanan ke Paris yang mengambil masa yang agak lama.

…” Bermula dari subuh Kk ke kl. Kami berenam berangkat. Semalaman tidak tidur sebab sibuk buat persiapan. Terima kasih Ray Yunus sudi teman kami di airport. Kami transit sekejap di kl dan sambung penerbangan ke Dubai 6jam55minit waktu tempatan di dubai 1 tengahari. Airport Dubai ni sangat besar dan lagi gate B32 paling hujung. 
Penerbangan kami ada masalah teknikal dan penumpang. Tiba-tiba pilot umum lagi belum boleh berlepas sebab amaran ribut dan petir diluar.Terpaksalah tunggu dalam kapal dan delay selama 2 jam. Kami berlepas jam 4.15 petang dan layan movie (macam2 movie sudah) untuk penerbangan 7jam20minit ke Paris. 
Akhirnya kami sampai jam 9.21 petang (waktu tempatan) dan taxi (van) sudah sedia menunggu. Makan tidur layan movie sakit pinggang haha. Dari airport CDG kami berangkat ke Adagio Apartment yang terletak di kawasan La Defense tempat pameran. Suhu malam disini sejuk (16 darjah Celsius) Dari tingkat 13 apartment kami boleh nampak Eiffel Tower yang marak dengan pancaran lampu. dalam misi memperkenalkan seni ukiran kayu”…

Itu adalah kenyataan yang telah di muatnaik didalam status FB Rizo Leong pada 8 jam lepas. Sama sama kita tunggu dan lihat perkembangan PANGROK SULAP di kota Fesyen ini.