OVTFALL yang di tubuhkan pada 2003 memang sudah tidak asing lagi di arena muzik metal bawah tanah. Penglibatan ,mereka dalam aliran muzik keras ini sememangnya pembakar semangat kepada band band metal yang baru mahupun yang seangkatan dengan mereka.

14 tahun bukannya jangka masa yang baru. Pastinya OVTFALL sudah masak dan ariff dengan arena muzik bawah tanah dahulu dan sekarang. Sejak kebelakangan ini, penubuhan band band underground baru semakin rancak. Ini boleh di lihat melalui pentas gig mahupun showcase. tak kisahlah full band mahupun akustik. ianya petanda positif bahawa muzik tempatan makin mendapat tempat di kalangan belia mahupun penyokong setia.

Baru 15 jam yang lepas, OVTFALL sudah melancarkan klip vedio mereka yang berjudul MOTIVATION. Proses penyiapan klip vedio ini memakan masa yang agak lama. Kerana, pengarah yang mengarahkan klip vedio ini iaitu Mr Bryan Kouju ingin memastikan ianya lain dari yang lain dan menepati citarasa band OVTFALL itu sendiri. Namun ianya tidak menjadi masalah bagi peminat serta penyokong kumpulan OVTFALL itu sendiri. Merka sanggup menunggu walaupun jangkama sayang lama.Kerana mereka yakin, hasil yang bakal di sajikan kepada mereka pasti yang terbaik dan wowwww..

Dari itu, anda dipersilakan untuk melihat klip vedio lagu MOTIVATION dari kumpulan OVTFALL ini. Biar anda sendiri menjadi hakim untuk menilai hasil kerja orang tempatan yang sememangnya berbakat besar dalam penerbitan klip muzik video.

Tahniah kepada OVTFALL specially API, Daryl, Fabion, Dixon & Barry atas video klip ini. Tidak hairanlah ramai yang menggangap OVTFALL band legend dalam aliran muzik Metal. Weldone guyzz…

Leave a Reply

Your email address will not be published.