OTP BAND

Perjalanan yang mengambil masa 3 jam bukanlah halangan bagi pejuang pejuang pentas battle of the band ini. Dimana ada battle di situlah ada mereka. Namun nama kumpulan pasti akan berubah mengikut pasang surut air laut dan keadaan cuaca ..

Nampaknya tuah menyebelahi Wan Kibot, Moli, Romie, Montok dan Jay yang membawa nama OTP Band di pentas BOTB sempena sambutan Pesta Magahau 2019 di Kudat minggu lepas. Mereka telah dinobatkan pajak kategori PEMAIN KEYBOARD TERBAIK, PEMAIN DRUM TERBAIK,PEMAIN GITAR TERBAIK. Sekali gus digelar juara pada malam tersebut. Tahniah sekali lagi kepada OTP Band atas kejuaraan di Kudat.