Hujan bukan penghalang bagi semangat anak anak seni khususnya daerah Sandakan. Bila mana sebuah pentas terbuka telah disediakan buat mereka mempersembahkan bakat serta corak penguasaaan pentas pada pengunjung NOVEMBEROCK 2018.

Novemberock 2018 (9/10/11) baru sahaja melabuhkan tirainya kemarin. Bila mana acara 3 hari tersebut telah menjadi buah mulut warga Sandakan, khususnya mereka yang berada di kawasan bandar. Mana tidaknya, pemilihan lokasi yang amat strategik yang betul betul terletak di tengah bandar Sandakan. Malah menjadi mercu tanya arah daerah Sandakan iaitu Harbour Mall Piazza. Kawasan terbuka yang selalu jadi pilihan penganjur acara acara besar.

16 buah kumpulan telah terlibat di dalam konsert ini. Yang mana ianya berobjektifkan menjalinkan hubungan sesama pemuzik serta menyediakan ruang dan peluang kepada warga Sandakan khususnya para belia yang meminati bidang muzik.

Bukan setakat persembahan konsert sahaja, pihak penganjur iaitu PERSATUAN PEMUZIK SANDAKAN juga sedia maklum akan zaman ekononi yang makin mencabar. Justeru itu, mereka juga telah menyediakan ruang berniaga untuk para peniaga peniaga kecil dan sederhana turut serta dalam program ini. Malah program Novemberock ini juga telah mendapat liputan media massa komersial. Dimana ianya telah di kunjungi oleh wartawan Radio Televesion Malaysia dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Sambil berhibur, pihak penganjur juga tampil dengan misi membantu mereka yang memerlukan. Dimana tabung derma untuk Rumah Amal telah dijalankan. Sehubungan dengan itu, konsep riadah sambil menderma ini amat sesuai di anjurkan dan dijadikan contoh kepada mana mana penganjuran sesebuah program. kerana ianya dapat menyemai rasa tanggungjawab kita sebagai insan yang peka akan mereka yang memerlukan.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada Mr Arbie dan pasukannya yang lain (PERSATUAN PEMUZIK SANDAKAN)  yang bertungkus lumus dalam menyediakan program NOVEMBEROCK ini. Difahamkan banyak dugaan dan rintangan sepanjang proses persiapan sejak beberapa bulan lepas lagi. Apapun, dengan pengalaman yang cukup kuat serta sokongan semua pihak, masalah dapat diatasi dengan jayanya. Semoga program ini mampu menarik lebih ramai penyertaan orang awam dan juga dapat sokongan pihak pihak luar dalam membantu memperkenalkan daerah Sandakan sebagai daerah pelancongan terkemuka.

 

p/s

Dengar khabar PPS bakal anjur konsert AMBANG TAHUN BARU. Jadi, stand by…