Newbie dari Beaufort, itulah maksud kepada “neusfort“. Sebuah kumpulan muzik yang berasal dari daerah Beaufort. Dianggotai oleh 2 orang ahli setakat ini. Di tubuhkan sejak tahun 2009 oleh RAFI (baju hitam) yang meminati bidang muzik. Dia cuba mencari ahli kumpulan untuk membentuk sebuah kumpulan yang lengkap. Namun ianya bertahan hingga tahun 2014 sahaja.
Pergerakan mereka terbatas dan membuatkan band ini kembali kepada asal iaitu 2 orang ahli iaitu RAFI (vox) & URIP (drum). Sejak itulah mereka diam seketika dan menyimpan niat untuk bangkit semula pada suatu hari nanti.

RAFI mempunyai wajah seiras ARIEL PETER PAN

Awal tahun 2017 , mereka berdua mengambil keputusan untuk merakamkan beberapa buah lagu untuk di perdengarkan kepada sahabat handai dan sahabat di sosial media. Mereka telah menemui sebuah syarikat rakaman iaitu ROUTE 33 yang di miliki oleh Mr Tajul.

Setelah perkongsian idea dan pendapat, maka lahirlag lagu single pertama kumpulan “neusfort” yang berjudul YANG AKU LUPAKAN. Hasil ciptaan sepenuhnya RAFI sendiri. Menururnya, lebih 10 buah lagu sudah pun di haslkan, cumamenanti masa masuk studio rakaman. Sebagai pengenalan dan taruhan, mereka mempertaruhkan single pertama ini dahulu. Sekiranya ada sambutan, barulah lagu yang lain tersebut akan di rakam dan di kongsikan kepada orang ramai.

Alhamdulillah, lagu YANG AKU LUPAKAN ini sudah keudara di onlinefm sejak awal bulan Mac ini. Kepada anda di luar sana, jangan lupa untuk mendengarkan lagu tersebut menerusi laman web ini. Selain itu, jangan lupa follow FB mereka untuk mengikuti perkembangan serta menyokong perjalanan seni anak beaufort ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.