Video muzik yang berdurasi 4 min 14 saat ini pastinya lengkap dengan bunyi original daripada The Jethroes. Menurut sumber video ini diproduksi oleh SAM Production dengan orang kuatnya Shahril Fatihah, satu video yang berkualiti dengan keringkasan pengaturcaraan postur dan pergerakan yang dipadatkan dengan aura line-up The Jethroes yang dikhabarkan dirakam di sebuah studio rakaman Over Big Arts yang berlokasi di Lintas, Kota Kinabalu. Mr. Nazrul daripada Route33 Studio bertanggungjawab bagi recording, mixing dan mastering. Secara keseluruhannya, mantap!

Seperti yang diduga, hasil gambar dan bunyi tidak mengecewakan.

Kami hidangkan anda dengan musik video The Jethroes dengan single mereka Jesselton Stereoroid.

Picture Courtesy : The Jethroes