Sewaktu PENDEMIK melanda dunia pada hari ini, hampir kesemua aktiviti tidak dapat dilakukan. Namun tidak pada anak anak seni yang berasal dari Kota Singapura ini. Masa perintah berkurung di rumah, mereka telah gunakan sebaik mungkin dengan membuat latihan sendiri dan proses mencipta lagu serta rakaman. Walaupun tidak dapat pergi ke studio, namun itu bukan alasan untuk tak boleh lakukan rakaman.

VOZ Management antara lable di Singapura yang kini memulakan proses promosi lagu raya terbaru mereka. Gabungan 9 orang artis yang bernaung di bawah lable VOZ Management akhirnya telah menyiapkan sebiah muzik video sebuah lagu raya.

..”Lagu dan lirik ciptaan Jumali SanoTri Tetap Hari Raya merupakan lagu lama SanoTri yg di ubah suai kan lirik dan music nya untuk keadaan Covid19 sekarang. Lagu ini menceritakan tentang walaubagaimanapun halangan menimpa, hari raya adalah hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Mereka (atis VOZ) cuba menceriakan keadaan walaupun pasti ada org yg berduka di Lebaran nanti”..

Olly & Amyr

Irama dan melodi serta lirik lagu ini adalah kombinasi kesemua penyanyi itu sendiri. Masing masing memainkan peranan dalam menjadikan mood lagu ini ada yang ceria, ada yang sedih serta ada yang kecewa disebabkan tak dapat balik beraya akibat PENDEMIK yang melanda Dunia pada hari ini.

Part yang paling best bila lagu ini ada menggunakan alat muzik tradional iaitu Seruling serta rebana. Yang mana kedua dua alat muzik ini dimainkan oleh artis itu sendiri. Ini bertujuan untuk membangkitkan mood suasana kerinduan pada kampung halaman. Difahamkan hampir 99% rakaman vokal, pukulan rebana serta tiupan seruling di rakam menggunakan smartfon artis itu sneidir di rumah masing masing.

Antara artis yang terlibat didalam lagu ini adalah SanoTri, Juffri Alui, Fatin SerulingLady, Amy Hakimii, Erynn Eriynee, Eriy Ryzale, Nertasha, YK Young Khalifa & Wan Mohd Fuad. Susunan muzik ini adalah hasil karya Amyr Abadawn manakala producernya adalah Olly Maguire. Lagu ini mendapat sentuhan mastering di Toulouse, France.

Jom saksikan lagu TETAP HARI RAYA..