MEREJEEN, DEMIZER, GUTEATERS & MARKAZ69 telah tersenarai membuka acara pada siri jelajah PESTA KUMPULAN GITAR RANCAK yang bakal berlangsung pada tanggal 14 Julai 2018 bertempat di BlackBox, Suria Sabah.

Tour kali ini, pihak penganjur telah membawa beberapa buah nama besar dalam muzik bawah tanah. Antaranya SIL KHANNAZ, INFECTIOUS MAGGOTS, THE PILGRIM & KUGIRAN D’TEPI PANTAI . 4 buah kumpulan ini bakal menemui peminat sekitar Sabah 2 minggu dari sekarang.

Kami dimaklumkan bahawa tiket hanya boleh di beli di pintu masuk pada hari tersebut sahaja dengan kadar harga yang berpatutan iaitu RM35. Selain itu, band band ini bakal membawa buah tangan buat para pengunjung untuk di jadikan koleksi sempena tour ini nanti.

Jumpa anda disanaa…