Siapa yang tak kenal dengan nama PAK TAM. Nama yang cukup berpengaruh dalam arena muzik bawahtanah khususnya di daerah Tawau, Sabah. Zaman kegemilangannya sewaktu berstatus bujang membawa nama NOISY CRUSH kesana kemari dengan muzik grunge. Lagu ciptaan mereka serta corak persembahan yang cukup bertenaga di atas pentas membuatkan crowd hanyut dalam lautan “MOSH&DIVE”. Bukan setakat Tawau, kumpulan yang berasal dari Tawau ini sudah menjejakkan kaki ke beberapa pentas luar daerah Tawau. Antaranya Kuala Lumpur & Indonesia.

Kini, masa dah berubah. Keadaan ekonomi yang tidak menentu membuatkan FAIZAL RHYME atau lebih mesra dengampanggilan PAK TAM ini telah bergerak secara solo. Kalau dulunya dia benaung di bawah bumbung underground, hari ini bakatnya telah kelihatan di Semenanjung Tanah Melayu.

Setelah menamatkan zaman bujang, PAKTAM telah memilih karier sebagai seniman jalanan (buskers). Kelibatnya seringkali kelihatan di bandar Tawau. Mempersembahkan pelbagai jenis lagu kepada orang ramai. Namun PAK TAM tidak pernah mengalah dalam mengharungi liku liku sebagai seorang suami dan juga ayah. Beliau membuat keputusan untuk melebarkan sayapnya ke Kuala Lumpur.

Perjalanan ke Kuala Lumpur adalah satu keputusan yang membuatkan dia lebih bersemangat untuk menyara kehidupan keluarganya. Kini PAK TAM sudah mampu berdiri dengan beberapa orang buskers sekitar Kuala Lumpur. Keunikan PAK TAM dalam membuat persembahan terletak kepada bakat menyanyi pelbagai bahasa. Antaranya bahasa mandarin yang mana kefasihan beliau berbahasa mandarin, kantonis ini mampu membuatkan pelancong yang berbangsa cina kagum dengannya.

Bukan itu sahaja, PAK TAM juga dapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis majlis tertutup. Seleksi pilihan lagu yang bagus, atas pengalaman nya busking antara sebab rezekinya murah berhijrah ke Semenanjung Malaysia. Sungguhpun begitu, naluri sebagai seorang suami dan juga ayah serta tidak dapat dielakkan. Rasa rindu pada anak kecil yang bernama ARJUNA JAHRAN adalah senjata yang menguatkan semangatnya untuk mencari rezeki di tempat orang.

Begitulah serba sedikit perjalanan vokalis kepada kumpulan NOISY CRUSH yang kini berada di Kuala Lumpur. Ibu Negara yang penuh cabaran dalam mengharungi kehidupan seharian. Demi keluarganya yang kini berada di Tawau, PAKTAM harunginya setiap hari tanpa pernah kenal erti penat dan kalah. Hari ini, PAK TAM boleh dilihat berdiri seorang diri dengan gitarnya dan juga ratusan lagu untuk dipersembahkan kepada para pengunjung di sesebuah lokasi.

Ini antara contoh yang harus dijadikan teladan buat anak muda zaman kini. Jangan pernah mengalah pada keadaan. Kecekalan jatidiri serta restu keluarga untuk berjaya adalah kunci kejayaan anda dimasa akan datang. Semoga PAK TAM akan terus bekarya dengan bakat yang dianugerahkan oleh YANG MAHA ESA ini.