Joshua Bartholomew

Joshua atau Josh sememangnya sudah tidak asing lagi dikalangan pemuzik grunge khususnya di daerah Papar, Sabah. Bila mana beliau adalah anak kepada vokalis kumpulan B.O.I.L iaitu Meo. Agak kerap juga dua beranak ini tampil di pentas show bersama sama atas permintaan kawan kawan serta para pengunjung.

pada tanggal 6 Jun lepas, Joshua telah memuat naik sebuah lagu baru menerusi laman youtubenya. Dimana sedikit kejutan buat pengemar muzik grunge bila mana Josh tampil dengan sebuah lagu berentak perlahan/irama pop.

BERANI, itulah lagu single pertama Joshua yang kini mendapat tontonan lebih 2000 kali hari ini. Lagu ciptaan Jonathan Tse ini memang sesuai dengan suara lunak Joshua ketika ini. Boleh dikatakan, Josh pandai membawakan sesebuah lagu dengan cara profesional. Kalau sebelum ini, suara serak serak basahnya kedengaran bila mana dia dengan kumpulannya UNIQUECORN (Band Grunge). Kepada yang belum dengar lagu single Joshua, check this out.