MEGUSTA

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MEGUSTA, DAPAT MASUK KE PERINGKAT FINAL…:)

TAHNIAH di ucapkan kepada kumpulan MEGUSTA kerana dinobatkan sebagai pemenang bagi saringan pertama acara HARDROCK RISING 2017 semalam. Pastinya mereka sendiri tidak menyangka yang dalam ke semua peserta yang bertanding, juri telah memilih mereka sebagai juara.

Antara kumpulan yang bertanding semalam adalah ADI FARHAN, METEOR CRATES, JON PARADISE & ME GUSTA. Dan juri telah memilih MEGUSTA sebagai juara saringan pertama ini.

Ini bermakna MEGUSTA akan ke peringkat akhir pada 24 Mei akan datang. Dimana, ada beberapa peringkat saringan lagi yang akan di ketahui dalam minggu minggu akan datang. Tahniah sekali lagi kepada MEGUSTA. Kepada yang kurang bernasib baik, teda hal punya lah. Peluang masih banyak di luar sana. Kena rajin usaha dan pertingkatkan kualiti muzik anda sahaja.

Weldone MEGUSTA..

Leave a Reply

Your email address will not be published.