Sabah Animation Creative Content Center (SAC3) adalah sebuah pusat pengajian animasi swasta yang terletak di kawasan Penampang Sabah. Kolej yang menjadi pilihan lepasan sekolah ini bakal mengadakan hari terbuka pada 22 – 24 Ogos ini bertempat di kawasan kolej mereka sendiri.

Apa yang menarik, pihak SAC3 telah menyediakan pentas untuk pemuzik pemuzik sekitar Kota Kinabalu. Cara ini amatlah di berikan pujian dan dijadikan contoh pada mana mana pusat pengajian yang ada di Sabah khususnya. Ini kerana MUZIK adalah hobi yang menjadi pilihan mana mana anak remaja seawal usia 12 tahun hinggalah mereka dewasa.Muzik tidak pernah tua apatahlagi mengenal usia. Bahkan diusia umur 80tahun, masih ada insan seni yang memilih muzik sebagai hobi di masa terluang.

SAC3 telah membuka ruang buat beberapa kumpulan muzik yang sedang meningkat naik nama mereka di persana seni Sabah. Antara kumpulan yang akan mewarnai dan memeriahkan acara hari terbuka ini adalah kumpulan ORANG PLANET, CONDAME THE CORRUPTER, MEGUSTA, CHUGS ON DECK & THE JETHROES. Ini pasti akan menarik lebih ramai pengunjung ke lokasi acara ini dilangsungkan.

Selain itu juga, SAC3 telah berjaya mengcungkil bakat bakat baru yang mana kesemua ini merupakan pelajar pelajar kolej SAC3 yang berbakat dalam bermain muzik secara berkumpulan. Mereka bakal membuat persembahan di pentas yang sama dengan band band jemputan yang lain.