Megat Mentor (vokalis), Taufik (gitar) & Ley (cajon)

Bulan puasa bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Justeru itu, bagi anak anak seni daerah Tawau, mereka juga tidak ketinggalan dengan program amal meringankan beban pada mereka yang memerlukan.

Anak jati Tawau yang kini bergelar artis juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada program amal ini. MEGAT ADZUAN yang sebelum ini merupakan antara peniaga pakaian Bundle juga sama sama membantu mengumpul dana untuk disalurkan kepada Rumah Anak Yatim AR-Raudhoh, Tawau

Setinggi ucapan tahniah kepada pihak penganjur iaitu GRAFADVERT STICKER atas kepritahinan anda. Kedai stiker yang sememangnya menjadi pilihan para pengemar sukan permotoran membuat stiker untuk dilekatkan di kenderaan.

Bukan setakat itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan cetakan iklan berbentuk BUNTING & BANNER. Pastinya harga berpaptuan sesuai dengan kualiti yang diberikan kepada pelanggan mereka.

Semoga usaha murni seperti ini dapat dijadikan contoh oleh kesemua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Sama samalah kita menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan.