Baru berusia 16 tahun,  showmanship dan atitude atas pentas gig seolah olah di bayangi vokalis kumpulan silverchair. JOSHUA adalah penuntut di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, Sabah. Memiliki perwatakan yang memang chill dan happy go lucky. Almaklumlah, berada di alam remaja ni banyak cabarannya. Baru nak kenal dunia luar. Nak serap muzik pun kena ada pengaruh persekitaran. Namun bagi Joshua, genra muzik GRUNGE sudah mengalir dalam daranya sejak berusia 12 tahun lagi. Bila mana, ayahnya sendiri adalah penyanyi kemapu kumpulan grunge yang memang di kenali ramai, khususnya di Sabah iaitu kumpulan BOIL.

                                              Meo@BOIL

 

Joshua sudah mendapat pendedahan dalam muzik grunge sewaktu usianya 12 tahun lagi. Bila mana selalu melihat ayahnya MEO(vokalis kmpulan BOIL) naik ke pentas gig underground mahupun open show. Joshua sering kali ikut ayahnya dan saksikan sendiri scene muzik bawahtanah ini. Bukan dia sahaja, malah semua keluarganya juga turut memberikan support bila ayahnya naik ke atas pentas. Tidak hairanlah bagi Joshua, muzik grunge ini seolah olah memberikannya tenaga dan boleh membantu dia meluahkan perasaan remajanya menerusi lirik lagu serta arrangement muzik ciptan nya sendiri. Joshua yang kini sedang berjinak jinak dalam penciptaan lagu.

Sungguhpun minat Joshua dalam dunia muzik grunge semakin membara,  keluargnya tidak pernah menghalang dari terus bekarya. Malah keluarganya sentia memberikan full support terhadap minatnya dalam muzik ini. Sungguhpun begitu, tanggungjawab Joshua sebagai anak serta pelajar sekolah sentiasa di utamakan. Dia akan siapkan segala kerja sekolah dan ulangkaji dahulu, barulah akan sentuh gitar. Kerana dia tahu, tahun depan adalah tahun dia menduduki peperiksaan SPM. Semestinya dia nak buktikan yang dia juga mampu membanggakan familynya dalam pelajaran.

Kini, Joshua sedang giat bermain muzik grunge dengan band yang di tubuhkannya sendiri. Nama kumpulannya UNIQCORN. Beberapa minggu lepas, band ini telah mendapat slot pembukaan dalam gig ROCK THE VILLAGE yang berlangsung di Penampang. Persembahan anak anak remaja ini telah mendapat sorakan gemuruh dari para pengunjung.

ROCK THE VILLAGE adalah sebuah platform bagi band band baru yang nak promo atau expose talent mereka. ternyata kumpulan UNIQCORN berjaya menambat hati para pengunjung. Dianggarkan hampir 200 orang penonton yang memenuhi lokasi gig. Moment paling hapenning bila JOSHUA memaklumkan bahawa mereka tampil dengan original song yang mereka cipta sendiri. Kerana, inilah yang kita harapkan. Bakat live band yang tampil dengan lagu sendiri. Walaupun lagu lagu tersebut baru pertama kali di perdengarkan, namun ianya adalah original lahir dari idea dan kreativiti kumpulan muzik itu sendiri.

Apa pun, tahniah kepada Joshua serta kumpulan UNIQCORN ini. Walaupun masih menuntuk di bangku sekolah, bakat yang ada dalam dirinya bukan ada pada anak anak remaja lain. keberanian tampil di pentas underground gig serta mendapat sorakan ratusan penonton perlu di banggakan. Teruskan usaha anda sebagai anak seni. Yang pasti…

GRUNGE NOT DEAD