MARKAZ69 merupakan kumpulan muzik yang mula mendapat nama di pentas gig sekitar Kota Kinabalu. bila mana kita lihat gambar diatas, pastinya genra muzik yang selalu dikaitkan dengan pemabpilan sebegini adalah SKA. Ditambah lagi dengan jumlah ahli kumpulan yang ramai antara intipati yang membuatkan alunan dan beat muzik SKA ini menjadi kegilaan anak muda masa kini.

Band ini rasanya masih baru lagi dalam arena muzik bawahtanah di Sabah ini khususnya di bandaraya Kota Kinabalu. Akan tetapi, bila mana genra muzik yang mereka bawa ini memang jarang jarang ada di Sabah, itulah yang membuatkan hadapan pentas bakal akan di penuhi oleh anak anak muda yang minat dengan tarian pogo ini.

Alhamdulillah, sejerah telah tercipta bila mana mereka telah mengumumkan yang EP pertama mereka sudah pun siap sepenuhnya dan kini boleh dibeli dengan harga RM20 sahaja.

Dimana didalam mini album pertama ini mereka telah merakamkan 3 buah lagu ciptaan mereka sendiri. Antaranya lagu THIS IS MARKAZ69, KISAH KITA & TERNYATA INDAH.

Mini album ini akan dilancarkan di Serian sarawak pada tangal 7 Julai 2018. Bila mana mereka antara kumpulan yg dijemput tampil di pentas gig OI MUSIC 4 UNITY. Ini merupakan sejarah bagi kumpulan MARKAZ69 itu sendiri bila dapat peluang untuk melancarkan mini album di tempat orang (luar Sabah). Pastinya keterujaan mereka ditambah lagi dengan tempahan mini album mereka setakat ini mencecah 100 keping. Sambutan memang sangat luar biasa dari rakan rakan pemuzik serta sahabat handai. Inilah yang diharapkan dalam mana kita membantu anak anak seni tempatan.

Kepada yang ingin mendapatkan mini album ini, sila berhubung terus dengan kumpulan MARKAZ69 melalui sosial media mereka iaitu https://www.facebook.com/Markaz69-1966786133578935/