Selain pelawak dan penyampai radio di salah sebuah stesen radio terkemuka di Malaysia dia juga berbakat dalam penulisan lagu. Mungkin inilah anugerah pada insan seni yang lebih mesra dipanggil LOPZ WALA. 13 Jam yang lepas, lagu ini  telah dimuat naik di dalam youtube channel  Element Tree Music House iaitu milik Mok Qi. Beliau adalah producer dan penerbit bagi lagu yang ditulis oleh Lopz Wala yang bertajuk LINDUNGI DIA ini.

Seramai 10 orang artis telah terlibat dalam menjayakan lagu serta muzik video ini. Mereka adalah Ebi Kornelis, Mamat Joy, Selvin S.  FaredHawwari,  Clay JM, Olly Kipli,  Qalisya Mentor, Pieja Hamzah, Marlleynney Fane & Lopz Wala. Proses menyiapkan lagu ini mengambil masa sekitar 5 hari. Footage yang terdapat didalam muzik video ini adalah rakaman sebenar para petugas yang menyumbangkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sewaktu PKP dijalankan. Menutut Mok Qi, keseluruhan proses ramakan lagu, master dan mixing lagu ini dilakukan di rumah yang hanya mengambil masa kurang 24jam. Kini ianya boleh di tonton dan disebarkan kepada wargaNET.